Lagu Berlagu

Airmata Malam Jumaat

Malam tadi Majlis Penutup Tilawah Kelantan. Sekembali dari majlis, guruku Ustaz Muzdi Awang yang juga salah seorang Hakim Tilawah menelifon dan mengajakku ke sebuah restoran. sebaik sahaja beliau bersama anak, isteri dan rakan-rakan talaqqi ku tiba dan duduk di kerusi, beliau tiba-tiba rebah nazak. Seorang rakan segera membantu beliau mengucap dua kalimah syahadah. setelah mengucap syahadah, beliau telah pergi buat selama-lamanya.
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-mu dalam keadaan redha dan diredhai..

ليست هناك تعليقات: