Lagu Berlagu

Video Tilawah Antarabangsa 2009

Kesemua 75 clips video ini telah di upload oleh saudara kyazid85. jazakallah saudara..

Klik disini

Talaqqi Almarhum Ust Mohd Yusuf - Ust Nik Jaafar

Usazt Muhammad bin Yusuf, Johan Qari Antarabangsa 1991 kembali ke rahmatullah pada tahun 2004. Sebelum beliau jatuh sakit, beliau telah datang Majlis Raudhatul Tilawah bimbingan guru tarannum tanah air Ustaz Nik Jaafar Nik Ismail. Kami menyangka beliau hadhir bertalaqqi kerana ingin menyertai kembali Tilawah sebagaimana sesetengah Qari yang gemar memegang gelaran Johan berkali-kali. Ternyata anggapan kami salah. Beliau bertalaqqi sebenarnya adalah talaqqi perpisahan.
Hayatilah rakaman audio talaqqi beliau
DOWNLOAD MP3

Airmata Malam Jumaat

Malam tadi Majlis Penutup Tilawah Kelantan. Sekembali dari majlis, guruku Ustaz Muzdi Awang yang juga salah seorang Hakim Tilawah menelifon dan mengajakku ke sebuah restoran. sebaik sahaja beliau bersama anak, isteri dan rakan-rakan talaqqi ku tiba dan duduk di kerusi, beliau tiba-tiba rebah nazak. Seorang rakan segera membantu beliau mengucap dua kalimah syahadah. setelah mengucap syahadah, beliau telah pergi buat selama-lamanya.
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan-mu dalam keadaan redha dan diredhai..

Talaqqi Ma'a Drs. Fadhlan ZA


Drs. Fadhlan Zainuddin Maidani is the champion of the International Quran Competition (Iran) 2004.
EMBED VIDEO

Qari Yahya Daud - Furqan


Ust Yahya Daud was reciting quran at majlis maulidurrasul 1430
EMBED VIDEO

Bengkel Tahsin Tarannum dan Suara


Ustaz Nik Jaafar Nik Ismail, Guru Pakar Tarannum Malaysia dan Muridnya Datuk Ahmad Faizul Ghazali, Johan Qari Antarabangsa 2003 memberi kursus tarannum dan suara tilawah Al-Quran.
EMBED TAHSIN UST NIK
EMBED TAHSIN DATUK FAIZUL